Jumaat, 4 September 2009

Informasi

  1. Biro Keselamatan :Jadual Bertugas SRS Taman Wira Jaya Bulan September 2009 telah diedar ke setiap penduduk. Setiap penduduk dikehendaki bertugas untuk memastikan keamanan taman kita
  2. Biro Kerohanian Dan Kebajikan: Jadual Marhaban Hari Raya Aidil Fitri akan dimulakan pada 1 Oktober 2009 hingga 7 Oktober 2009. Borang persetujuan menyertai marhaban hendaklah diisi dan diserah kepada Ketua Jalan masing-masing sebelum 14.9.09
  3. Pemantauan J/K Penduduk Taman Wira Jaya: Kehadiran Petugas Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bulan Ogos adalah 54.83%, Bilangan hari tiada petugas langsung adalah 2 hari (6.45%). Komitmen tuan-tuan sangat-sangat diharapkan bagi keaman taman kita.
  4. J/K Penduduk Taman Wira Jaya: Keahlian Badan Pentadbiran Perkuburan Islam & Khairat Kematian Kawasan Pekan Parit Raja (Perkuburan Untuk Taman-taman Perumahan Parit Raja) masih terbuka dan dalam proses pengumpulan balik borang menjadi ahli. Yuran Pendaftaran RM30, Yuran Tahunan RM15 dan Khairat Setiap Kematian RM5. Borang boleh didapati dari Pengerusi atau Setiausaha.
  5. Biro Kerohanian Dan Kebajikan: Kutipan sumbangan sempena Marhaban Aidil Fitri 1430H adalah RM980.00. Terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan.
AMAN, BEKERJASAMA DAN CERIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan