Rabu, 14 Oktober 2009

Informasi Bulan Oktober

1.Hasil pemantauan didapati kehadiran bertugas SRS bulan September ialah 35% dan hari dimana tugas kawalan diadakan ialah 63%. Pihak Jawatan kuasa SRS berharap ahli-ahli SRS dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Pihak Biro Keselamatan telah menyediakan jadual tugas kawalan untuk bulan Oktober dan November.

2. Mulai sekarang hingga 30 November 2009 Permohonan Menjadi Ahli/ Kemaskini Ahli TWJ sedang dilaksanakan. Yuran menjadi ahli RM5.00 dan yuran bulanan mulai Jan-Dis 2009 adalah RM30.00 @ RM2.50 sebulan. Sila rujuk Ketua Jalan masing-masing. Guna borang JKPTWJ/BA

3. Permohonan menjadi Ahli Khairat Kematian TWJ sedang diadakan sekarang. Yuran menjadi ahli adalah RM10.00 dan yuran khairat setiap sesuatu kematian adalah RM5.00. Sila rujuk ketua Jalan masing-masing. Guna Borang JKPTWJ/K.

4. Permohonan Menjadi Ahli Badan Pentadbiran Perkuburan Islam & Khairat Kematian, Kawasan Pekan Parit Raja ( Perkuburan untuk taman-taman perumahan) masih terbuka. Yuran pendaftaran RM30.00 (sekali), Yuran tahunan perkuburan RM15.00 dan yuran khairat setiap kematian RM5.00. Penduduk yang berhasrat menjadi ahli boleh menghubungi Pengerusi atau Setiausaha Taman Wira Jaya atau Ketua Jalan masing-masing

Jumaat, 2 Oktober 2009

Hari Raya Aidil Fitri 1430 H Di Taman Wira Jaya




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1403H daripada J/K serta semua penduduk Taman Wira Jaya, Parit Raja, Batu Pahat








Kunjungan Marhaban Wanita TWJ pada 14 Syawal di Jalan 2A









Kumpulan Marhaban lelaki pada 14 Syawal di Jalan 2A








Alunan marhaban oleh kumpulan Wanita TWJ









Suasana marhaban di sebuah rumah di Jln. 2A









Ketua Jln. 2A sedang mempersilakan ahli rombongan menikmati minuman.









Rombongan Marhaban TWJ berkunjung ke 9 buah rumah ahli di Jalan 4 TWJ pada 13 Syawal 1430 H








Sebahagian kanak-kanak bersama dalam kunjungan marhaban di Jalan 4 TWJ








Pemimpin marhaban bersama rombongan sedang berselawat di rumah ahli Jalan 4, TWJ










Rombongan marhaban berkunjung ke 19 buah rumah ahli di Jalan 1 TWJ pada 12 Syawal 1340H









Doa sempena hari raya dibacakan di rumah Jalan 4 TWJ









Marhaban sedang dibaca dengan di rumah ahli Jalan 1 TWJ bersama kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak seramai lebih kurang 100 orang.