Rabu, 14 Oktober 2009

Informasi Bulan Oktober

1.Hasil pemantauan didapati kehadiran bertugas SRS bulan September ialah 35% dan hari dimana tugas kawalan diadakan ialah 63%. Pihak Jawatan kuasa SRS berharap ahli-ahli SRS dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Pihak Biro Keselamatan telah menyediakan jadual tugas kawalan untuk bulan Oktober dan November.

2. Mulai sekarang hingga 30 November 2009 Permohonan Menjadi Ahli/ Kemaskini Ahli TWJ sedang dilaksanakan. Yuran menjadi ahli RM5.00 dan yuran bulanan mulai Jan-Dis 2009 adalah RM30.00 @ RM2.50 sebulan. Sila rujuk Ketua Jalan masing-masing. Guna borang JKPTWJ/BA

3. Permohonan menjadi Ahli Khairat Kematian TWJ sedang diadakan sekarang. Yuran menjadi ahli adalah RM10.00 dan yuran khairat setiap sesuatu kematian adalah RM5.00. Sila rujuk ketua Jalan masing-masing. Guna Borang JKPTWJ/K.

4. Permohonan Menjadi Ahli Badan Pentadbiran Perkuburan Islam & Khairat Kematian, Kawasan Pekan Parit Raja ( Perkuburan untuk taman-taman perumahan) masih terbuka. Yuran pendaftaran RM30.00 (sekali), Yuran tahunan perkuburan RM15.00 dan yuran khairat setiap kematian RM5.00. Penduduk yang berhasrat menjadi ahli boleh menghubungi Pengerusi atau Setiausaha Taman Wira Jaya atau Ketua Jalan masing-masing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan