Rabu, 16 Disember 2009

Informasi Bulan Disember 2009

1. Informasi SRS Taman Wira Jaya
1.1 Peratus kehadiran bertugas SRS bulan Ogos 54.83%
1.2 Peratus kehadiran bertugas SRS bulan September 35%
1.3 Peratus kehadiran bertugas SRS bulan Oktober 28.38%
1.4 Peratus kehadiran bertugas SRS bulan November 33.3%

Adalah menjadi tuntutan agar ahli SRS dapat mematuhi jadual bertugas kerana
ketenteraman dan keselamatan yang dikecapi adalah tanggung jawab bersama, ringan
sama dijinjing dan berat sama dipikul

2. Kepada semua penduduk Taman Wira Jaya agar dapat mengembalikan borang keahlian
taman dan khairat taman sebelum 31.12.2009. Segala yuran hendaklah dijelaskan sebelum
1.1.2010. Muafakat itu berkat

AMAN, BEKERJASAMA & CERIA

Rabu, 14 Oktober 2009

Informasi Bulan Oktober

1.Hasil pemantauan didapati kehadiran bertugas SRS bulan September ialah 35% dan hari dimana tugas kawalan diadakan ialah 63%. Pihak Jawatan kuasa SRS berharap ahli-ahli SRS dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Pihak Biro Keselamatan telah menyediakan jadual tugas kawalan untuk bulan Oktober dan November.

2. Mulai sekarang hingga 30 November 2009 Permohonan Menjadi Ahli/ Kemaskini Ahli TWJ sedang dilaksanakan. Yuran menjadi ahli RM5.00 dan yuran bulanan mulai Jan-Dis 2009 adalah RM30.00 @ RM2.50 sebulan. Sila rujuk Ketua Jalan masing-masing. Guna borang JKPTWJ/BA

3. Permohonan menjadi Ahli Khairat Kematian TWJ sedang diadakan sekarang. Yuran menjadi ahli adalah RM10.00 dan yuran khairat setiap sesuatu kematian adalah RM5.00. Sila rujuk ketua Jalan masing-masing. Guna Borang JKPTWJ/K.

4. Permohonan Menjadi Ahli Badan Pentadbiran Perkuburan Islam & Khairat Kematian, Kawasan Pekan Parit Raja ( Perkuburan untuk taman-taman perumahan) masih terbuka. Yuran pendaftaran RM30.00 (sekali), Yuran tahunan perkuburan RM15.00 dan yuran khairat setiap kematian RM5.00. Penduduk yang berhasrat menjadi ahli boleh menghubungi Pengerusi atau Setiausaha Taman Wira Jaya atau Ketua Jalan masing-masing

Jumaat, 2 Oktober 2009

Hari Raya Aidil Fitri 1430 H Di Taman Wira Jaya




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1403H daripada J/K serta semua penduduk Taman Wira Jaya, Parit Raja, Batu Pahat








Kunjungan Marhaban Wanita TWJ pada 14 Syawal di Jalan 2A









Kumpulan Marhaban lelaki pada 14 Syawal di Jalan 2A








Alunan marhaban oleh kumpulan Wanita TWJ









Suasana marhaban di sebuah rumah di Jln. 2A









Ketua Jln. 2A sedang mempersilakan ahli rombongan menikmati minuman.









Rombongan Marhaban TWJ berkunjung ke 9 buah rumah ahli di Jalan 4 TWJ pada 13 Syawal 1430 H








Sebahagian kanak-kanak bersama dalam kunjungan marhaban di Jalan 4 TWJ








Pemimpin marhaban bersama rombongan sedang berselawat di rumah ahli Jalan 4, TWJ










Rombongan marhaban berkunjung ke 19 buah rumah ahli di Jalan 1 TWJ pada 12 Syawal 1340H









Doa sempena hari raya dibacakan di rumah Jalan 4 TWJ









Marhaban sedang dibaca dengan di rumah ahli Jalan 1 TWJ bersama kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak seramai lebih kurang 100 orang.






Jumaat, 4 September 2009

Informasi

  1. Biro Keselamatan :Jadual Bertugas SRS Taman Wira Jaya Bulan September 2009 telah diedar ke setiap penduduk. Setiap penduduk dikehendaki bertugas untuk memastikan keamanan taman kita
  2. Biro Kerohanian Dan Kebajikan: Jadual Marhaban Hari Raya Aidil Fitri akan dimulakan pada 1 Oktober 2009 hingga 7 Oktober 2009. Borang persetujuan menyertai marhaban hendaklah diisi dan diserah kepada Ketua Jalan masing-masing sebelum 14.9.09
  3. Pemantauan J/K Penduduk Taman Wira Jaya: Kehadiran Petugas Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bulan Ogos adalah 54.83%, Bilangan hari tiada petugas langsung adalah 2 hari (6.45%). Komitmen tuan-tuan sangat-sangat diharapkan bagi keaman taman kita.
  4. J/K Penduduk Taman Wira Jaya: Keahlian Badan Pentadbiran Perkuburan Islam & Khairat Kematian Kawasan Pekan Parit Raja (Perkuburan Untuk Taman-taman Perumahan Parit Raja) masih terbuka dan dalam proses pengumpulan balik borang menjadi ahli. Yuran Pendaftaran RM30, Yuran Tahunan RM15 dan Khairat Setiap Kematian RM5. Borang boleh didapati dari Pengerusi atau Setiausaha.
  5. Biro Kerohanian Dan Kebajikan: Kutipan sumbangan sempena Marhaban Aidil Fitri 1430H adalah RM980.00. Terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan.
AMAN, BEKERJASAMA DAN CERIA

Sabtu, 29 Ogos 2009

Peristiwa-peristiwa Aktiviti Taman Wira Jaya



Kunjungan aidilfitri oleh sanak saudara di sebuah rumah penduduk TWJ










Suasana kunjungan kumpulan wanita kampung Parit Lapis Sempadan ke rumah seorang penduduk TWJ pada 3 Syawal 1403, jam 9.00 pagi






Ziarah aidilfitri oleh penduduk kampung Parit Lapis Sempadan ke rumah salah seorang penduduk TWJ.








Kemeriahan suasana aidilfitri pada 2 Syawal 1403, jam 9.00 pagi di salah sebuah rumah TWJ oleh kariah kampung Parit Lapis Sempadan









Semua Ahli Jawatan Kuasa TWJ mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua penduduk TWJ. Semoga di hari raya ini kita sentiasa dilindungi dan memperoleh keberkatan dari Allah SWT. Amin. (Terima kasih di atas sumbangan kain rentang). Suasana pada 1 Syawal 1430H





Program Bubur Lambuk Ramadhan Pada 29.8.09 Oleh Biro Hal Ehwal Wanita Telah Mengagihkan 120 Bungkus Bubur Lambuk.
(Terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan)








Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Taman Wira Jaya Pada 5.7.09








Gotong Royong Se Taman Bersama Pejabat Kesihatan Batu Pahat Pada 16.8.09 Oleh Biro Kebersihan Dan Keceriaan. (Terima kasih di atas sumbangan tenaga yang diberikan)








Penyerahan Peralatan Gotong Royong Se Taman Oleh Penolong Pegawai Kesihatan Kepada Pengerusi Penduduk Taman Wira Jaya







Majlis Perasmian Pelancaran Skim Rondaan Sukarela Oleh YB ADUN Parit Raja pada 20.6.09 Dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat.







Pasukan SRS Taman Wira Jaya Bersedia Untuk Menjalankan Tugas Dengan Gigih Mulai Mac 2009.








Khatam AlQuran sempena bulan Ramadhan 1430 oleh Biro Hal Ehwal Wanita pada 12.9.09









Gotong Royong membuat dodol Jalan 2, Taman Wira Jaya pada 12.9.09 oleh Ketua Jalan 2A/2B






Proses membuat dodol bermula dari jam 6.00ptg hingga 6.00pagi 13.9.09dan diedar kepada ahli yang menyertai program membuat dodol Jalan 2, Taman Wira Jaya.



Aktiviti-aktiviti Taman Wira Jaya

1. Mesyuarat Jawatankuasa 1/2009 pada 5.7. 2009
2. Kutipan Khairat Kematian Allahyarham Mohd Zin. bin Noor (Biro Kebajikan & Kerohanian) pada16.7.09
3. Gotong-Royong 1 Taman Bersama Pejabat Kesihatan Batu Pahat (Biro Kebersihan & Keceriaan)
pada 9.8.09
4. Mesyuarat Jawatankuasa 2/ 2009 pada 16.8.09
5. Tambak Tanah Taman Permainan (Biro Pendidikan, Sukan & Kebudayaan) pada 18.8.09
6. Program Bubur Lambuk Ramadhan 1 Taman (Biro Hal Ehwal Wanita) pada 29.8.09 dan 5.9.09
7. Program Marhaban Hari Raya 1 Taman (Biro Kebajikan dan Kerohanian) pada 1.10.09
8. Program Skim Rondaan Sukarela 1 Taman (Biro Keselamatan) pada Mac hingga Disember 2009
9. Program Marhaban Hari Raya 1 Taman (Biro Hal Ehwal Wanita) pada 1.10.09
10. Program Hari Keluarga 1 Taman (Biro Pendidikan, Sukan & Kebudayaan) pada Disember 2009


Organisasi Taman Wira Jaya

Jawatankuasa Penduduk Taman Wira Jaya
Taman Wira Jaya
86400 Parit Raja, Batu Pahat.

Pengerusi : En. Jalil b. Rusek
Timb. Pengerusi : En. Yunus b. Ngadiman
Setiausaha 1 : En. Hairulazwan b. Hashim
Setiausaha 2 : Mohd. Hisyam b. Abdul Rahim
Bendahari 1 : En. Nik. Mohd. Asri b. Hj. Nik Ismail
Bendahari 2 : En. Zulkifli b. Addul Wahab

Ahli Jawatankuasa:
1. En. Mohd. Rudy Kashmavy b. Abdul Razak (Biro Keselamatan)
2. En. Azmee b. Jeblani (Biro Kebajikan dan Kerohanian)
3. En. Johari b. Abu (Biro Kebersihan dan Keceriaan)
4. En. Sani b. Saidun (Biro Pendidikan, Sukan dan Kerohanian)
5. Pn. Suprihartati Murni Lestari bt. Sutekno (Biro Hal Ehwal Wanita)
6. En. Kamaludin b. Bajuri (Ketua Jln. 1)
7. En. Ismadi b. Ishak (Ketua Jln. 2A)
8. En. Mohd. Zaki b. Mohd. Katan (Ketua Jln. 2B)
9. En. Maslan b. Ahmad (Ketua Jln. 3A)
10.En. Mohd. Azmi b. Paiman (Ketua Jln. 3B)
11. En. Mohd. Ata b. Othman (Ketua Jln. 4)
12. En. Zakaria b. Harun (Ketua Jln. 5)
13. En. Hirman b. Mohamad (Ketua Jln. 6)
14. En. Adnan b. Amir (Ketua Jln. 7)